Friday, July 31, 2009

sajak.....kita diuji

kita baru sekali
diuji dengan virus ni....
semakin hari semakin mengganas....
sehinggalah ke daerah ini...
ke kawasan kejiranan ini...
rasa terlalu dekat ...takutnya
virus itu berterbangan....
melilau-lilau tidak tentu arah
mencari mangsanya...siapa saja
yang berdosa dan yang tidak berdosa
yang putih dan yang hitam
yang kecil dan yang besar
yang berpangkat tinggi dan berpangkat rendah
tidak kenal siapa...semua boleh jadi mangsanya

takutnya manusia kerana kuasa
takutnya manusia kerana penyakit
tetapi takutkah manusia kepada Penciptanya?

virus adalah makhluk,tiada kuasa
hanya Allah jua Maha KUasa dan Maha Mengetahui


firman ALLAH A.W.J...
155- Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
156- (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” ( Al Baqarah 155-156

Ya Allah...terasa ujian datang kepadaku...jauhkan dari virus H1N1 ini...hapuskan virus ni ya ALLAH...

Friday, July 17, 2009

Balik Kampung Buah Machang VS bunga Melor

esok,bermulalah perjalananku ke kampung...kan cuti 3 hari...kampung aku sebenarnye Pasir mas, tapi kerana ayah aku beli rumah teres kat Ma-che(Machang), maka bermastautinlah keluarga aku di situ,(sejak tahun 2003 lagi.)..aku ni memang suka balik kg,ader jer cuti lebih dari biasa(biasa 2hari kan),haa....destinasi utama ialah balik kg...
bukan aper...dah biasa camtu,dulu masa study pun camtu gak,sibuk camner pun, aku mesti balik kg...teringat kat mak ayah lahh...kesian jugak,masa nilah nak jumpa mereka,setakat telefon aperlah sgt,bila tanya sihat tak?jawab mak aku, sihat...kadang2 orang tua kita ni tak nak susahkan anak2 dia,bila tanya sihat tak?mesti sihat jawabnya...aku ni telefon skali seminggu jer,so...xpuas berborak ngan mak ...ayah...time balik mesti tido umah aku dulu,esoknya baru balik umah wife aku...xjauh pun jaraj umah aku ngan umah wife aku,lam 20minit sampai ah kalau ngan keta,...kat melor,kb jer

ziarah ibubapa ni,kena selalu....jadi amalan,jadi budaya keluarga...bukan time rayer jer,baru balik kg...(tu pun sebab semua org balik kg...ish...sedih kawe kalau ader org camtu...)

kalau macam aku,senang ah...satu negeri jer,tapi kalau yang berlainan negeri pun,ok gak ler...kena bincang ah...gilir2...at least sebulan skali ah,jenguk2 lah mak ayah kita tu...selagi mereka masih ader,kalau dah xder? kuar airmata darah campur nanah skalipun,dah tak guna time tu...fikirlah sendiri...


Wednesday, July 8, 2009

teringat kereta dulu...kax 8869...dihatiku (okt 2005-okt 2008)

segak bergaya
tampan hebat


berwawasan

bercita-cita tinggi

sebenarnya banyak ah kenangan aku dengannya..kax 8869...disini aku coretkan kenangan2 indah bersama kax 8869...syahdunyer...
awal tahun 2005-tahun beli keta time tu,ramai ah beli...mula2 nuar, pastu ex-housemate aku,zul jkm, pastu aku plak,pastu azwan jkm,apiz jkm, usop jpg-ex-housemate dan seterusnya...
okt 2005-masa tu bulan puasa, 2 minggu lebih ...sebelum rayer puasa, aku ajaklah ex-housemate kaki pancing sorang ni(Zul JKM)ngan geng JKE masa tu (nuar dan hifi)g a.staq cari keta, aku ingat nak cari keta second hand,bawah 10 ribu...aleh2 beli wira merah ni,xjadi plak. tu pun dengar gak nasihat kengkawan, ok lah aku beli.rm32,500 masa tu(kira dah tawar dah ni,harga asal dalam rm36,00 kot...luper dah)so berbanggalah aku time tu...masa tengah kaya plak tu...kira rayer sakan ah tahun tu...siap beli baju raya sama kaler ngan keta aku...sehati sejiwalah katakan
#masa beli tu,xsampai 24jam, keta masuk icu....pjg ceritanyer...
kenapa keta ni aku rindu sangat,sebab....
  • keta nilah aku bawak wife aku dulu(time tu tunang) kuar dating...
  • keta nilah yang sedondon warna ngan baju melayu aku masa raya dulu...
  • keta nilah aku banyak kena accident(3 x)....mujur panjang umur lagi...alhamdulillah
  • keta ni jugak ler,time nak jual jer...banyak masalah,tak laku lah...kena tipulah...alih2 keta tu balik semula kat aku...macam xnak berpisah jer ngan aku...
  • keta nilah jugak banyak kali tayar pecah,paling mencabar kat puncak titiwangsa...masa on the way nak balik kelantan...,cermin pecah pun kat puncak titiwangsa gak....

okt 2008- keta aku berpindah milik kepada seorang cikgu kat area kg bini aku,melor kb...ok gak...buleh gak aku tengok keta tu selalu....dekat dimata,dekat dihati....


Monday, July 6, 2009

bebaskan diri dari hutang...financial freedom

Beban kad kredit perangkap krisis akidah

CARA hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit di antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Justeru, banyak orang yang berminat memiliki kad kredit untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.
Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit. Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006). Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun. Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak masalah hutang tidak mampu dijelaskan. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan. Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja?Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu. Golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang. Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki. Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan. Sememangnya Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang. Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit. Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit. Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan. Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian. Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan. Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.Sebenarnya penggunaan kad kredit bukan disediakan secara percuma. Setiap urus niaga dikenakan caj perkhidmatan mengikut syarat. Hanya sebahagian syarikat menerima pembayaran melalui kad kredit tanpa dikenakan caj. Dengan kata lain, berbelanja secara tunai sebenarnya lebih menguntungkan.Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit yang semakin bertambah dari bulan ke bulan. Ketika itu, banyak pemegang kad kredit menghadapi tekanan dan semakin sukar untuk menjelaskan hutang. Biarpun tidak lagi mengambil hutang baru jumlahnya semakin bertambah setiap bulan disebabkan faedah dikenakan. Sekarang ada kaedah ‘gali lubang timbus lubang’ dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit. Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu. Tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Sekiranya sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup semakin celaru dan krisis moral memerangkap diri. Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan.Sesiapa yang dikenakan status muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu. Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar.Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang. Ia termasuk menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram. Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya. Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya.


moral : jangan guna kad kredit,belanjalah secara tunai atau kad debit. Kalau yang dah ader 2-3 keping tu lagi naya...Saranan saya, buat personal loan,bayar semua hutang kad kredit. Jika sesiapa yang membaca artikel ini dan memerlukan bantuan nasihat perancangan kewangan, saya sedia membantu...wassalam


JALAN2 KE PUTRAJAYA,MELAKA,JB

masa kat umbai,melaka .tengah tunggu nasi dan ikan bakar...
dataran pahlawan melaka

masa kat hotel di JB, lepas bfast jer,amik gambar...


pandangan putrajaya dari atas -dari PICC(putrajaya international convention centre)



masa kat depan PICC





percutian di langkawi

menaiki feri
sempat amik gambar sebelum feri bertolak setengah jam lg dari jeti point lgkawi

tak nak naik dah cable car ni...gayat woi!



control hemsem, masa ni tak gayat lagi...


adusss...lega dah sampai





gambar persandingan


gambar nikah


mak aku yg tercinta, yang pegang beg tangan tu.umi (mak mertua yang berdiri sebelah kanan skali)

mokyah,cik ani,su dah,mimi,iqah & amalin aishah






waktu yang kritikal,hehe....ayah sebelah kiri, ayah mertua(baju melayu merah)