Friday, June 19, 2009

Praise Allah today...Friday Mimbar(Alhamdulillah...)

Allah says, “And whatever favor you have, it is from Allah;
Firstly,...
Look at everything around you: The clothes we wear; they are made of wool, cotton, or leather. Where do these things come from? And what is their origin? If we think for a while, we will
How many times do we thank people for favors they do for us and forget to praise Allah. Who protects us, and our families but Allah? What if someone bought you a present? You would thank him and your wife would suggest that you call him and thank him again. Do not you feel embarrassed that you thank people more than you thank Allah?think about it deeply bro..

There are other aspects of Allah’s blessings; you can see while other people do not, you can hear while others are deaf, and you can walk and move from one place to another while some people are paralyzed. You can understand when others cannot. Why do we always remember our misfortunes and forget all these blessings that Allah has bestowed upon us? The blessing of breathing; think how many times you breathe in one minute....masya Allah(tak terlintas pun kita selama ni kan) What about if you are in charge of your breathing? We should not forget the blessings of education, parents and the most important and the greatest blessing is that we are Muslims, and that Allah has offered us Ramadan as a chance to prostrate ourselves in worshiping Him.(masa ni kekadang masa awal2 ramadhan jer, pastu jadi malas plak... adusss...hopefully this coming ramadhan, i will take seriously about it...) The most beautiful blessing is al-jannah (Paradise). A cloud would pass over the people of al-jannah and ask them, ‘What would you like me to rain today?’

Imagine if Allah (SWT) created us without organs and we have to buy our organs with money, for how much would you buy your eyes? And if you were not rich enough you might not afford buying your son two eyes; you may then buy him one instead. Hence, you, with all your organs, are worth billions of dollars. Same likes on paper yesterday, a baby boy from Kuala Perlis do'nt have a sex organ, imagine guys?

Blessed praises be to Allah Who created and shaped us and bestowed His blessings upon us. Praise be to Allah with whose favor good deeds are done. “Praise be to Allah Who has sent down upon His bondman the Book and has not made to it any crookedness;” Praise be to Allah Who hears all supplications and does not give attention to a supplication more than the other. THank You Allah!

Thursday, June 18, 2009

zikir

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK MANUSIA


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Ihsan:http://www.al- zuhaily.blogspot .com/

amal

Baca al-Quran dua jam sehari

TERBAIK: Shamsul Arifin bersama piala selepas menjadi johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.
Johan qari tak pandai mengaji usia sembilan tahun SHAMSUL Ariffin Supian, 44, dari Hutan Melintang, Perak muncul johan qari Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008 di Jitra, Kedah, minggu lalu. Ikuti temu bual wartawan Berita Harian, MOHD FEROZ ABU BAKAR dengannya. CERITAKAN latar belakang saudara?

Saya berasal dari Kampung Parit 1, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak dan kini bertugas sebagai guru al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, dekat Taiping. Saya memperoleh ijazah Sarjana Muda Usuludin dan Falsafah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagaimana ustaz berminat dengan al-Quran? Sebenarnya, ketika berusia sembilan tahun, saya buta al-Quran. Masih tak boleh baca walaupun rakan semua boleh baca al-Quran. Satu hari, abang membawa saya menonton tilawah menerusi televisyen. Pada 1970-an, kami menonton televisyen di rumah orang dengan membayar 20 sen seorang. Dari situ, saya minat dengan bacaan al-Quran secara berlagu. Kemudian, baru saya mula belajar mengaji dengan arwah bapa, Supian Hassan dan khatam dalam tempoh dua tahun saja. Saya kemudian belajar tajwid dengan arwah datuk, Raden Siraj. Datuk saya belajar tajwid di Makkah. Selepas itu, saya banyak belajar sendiri seperti mendengar bacaan al-Quran di radio dan merakam bacaan itu untuk ditiru semula. Pada akhir 1980-an, baru ada kelas taranum, iaitu belajar secara berkaedah.
Apa makna kemenangan ini? Saya masuk pertandingan bukan untuk menang hadiah tapi untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan bacaan saya. Sebenarnya, ini kali kelima saya mewakili Perak pada peringkat kebangsaan, iaitu sejak 2003, kecuali 2004. Pembabitan saya dengan bacaan al-Quran berjaya menarik minat pelajar saya untuk menyertai pertandingan pada peringkat sekolah, program Akademi al-Quran di televisyen dan ada yang masuk ke peringkat kebangsaan, bertanding bersama saya. Anak saya juga minat dengan bacaan berlagu. Anak pertama, Faizah, 18, sekarang mengikuti program Darul Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia pernah dua kali juara bacaan al-Quran peringkat sekolah ketika sekolah rendah. Siapa guru ustaz? Ramai. Ketika kanak-kanak, ustaz Tajwid Said. Di Kelantan, guru saya ustaz Nik Jaffar Nik Ismail, Abdul Rahman Hussein, Yahya Daud dan Abdul Rahman Hussin. Seorang hakim pertandingan pering-kat kebangsaan baru-baru ini, Tarmizi Mahmud juga guru saya.
Ada latihan khas atau amalan istimewa? Secara kebetulan, saya memang tak suka ais dan makanan pedas atau berminyak. Saya membaca al-Quran lebih kurang dua jam sehari. Kalau sehari tak baca, rasa hari tak lengkap. Kalau ibu bapa mengamalkan bacaan al-Quran di rumah, hati anak akan lembut. Mereka mudah belajar. Perangai tidak baik pun dapat dielakkan. Dengan syafaat atau kelebihan al-Quran, perkara tak elok dapat dielakkan. Ini rahmat Allah jika kita jadikan al-Quran itu wirid dalam rumah.

ingatlah

Ingatlah Allah(Sakha feat Hedi Yunus)
di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah
kerjakan perintahanNya jauhi laranganNya
itulah orang yang ingat Allah
banyak yang kaya lupa pada Allah
banyak yang miskin jauh dari Allah
banyak yang sehat lari dari Allah
banyak yang sakit meninggalkan Allah
itulah orang yang sombong kepada TuhanNya
tidak kenal Kepada Allah
ingatlah wahai manusia
semua kembali Kepada Allah
ingatlah wahai manusia
hidup matimu ditangan Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah

profil tinggi di kelantan

BIOGRAFI TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited
Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.
Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di ufuk kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.
"Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.
Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.
Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.
Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.
Ahli Parlimen Yang KomitedSebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.
Dikagumi Kawan Dan Lawan
Kemudian dalam pilihanraya umum yang berlangsung pada 21 Oktober lalu, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sekali lagi memenangi kerusi DUN Semut Api. Beliau mengalahkan calon BN, Haji Wan Muhammad Wan Yusof dengan mendapat kelebihan undi sebanyak 6,993. Suatu pencapaian yang paling tinggi sekali di kalangan para ADUN yang lain! Sekaligus membuktikan kewibawaan dan kepopularan beliau yang tidak boleh disangkal lagi!.
Selain dari menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau adalah satu-satunya tokoh ulama yang paling dihormati dan disegani , digeruni dan dikagumi baik oleh kawan mahupun oleh lawan.
Kini suasan politik di negeri Serambi Mekah ini kelihatan begitu tenang dan mantap. Rakyat merasa lebih bebas dan lebih selesa hidup di bawah pemerintahan Islam pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Mungkin juga berkat kepimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang selama ini memang terkenal sebagai seorang ulama yang warak dan kuat beribadat.
Latarbelakang Keluarga Dan PendidikanDilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.
Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.
Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.
Pulang Ke TanahairSetelah dadanya diisi dengan ilmu agama secara mendalam, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kembali semula ke tanahair. Di tanahair beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di samping mengajar agama di kelas-kelas dewasa pada sebelah malamnya. Beberapa tahun kemudian beliau mengajar pula di Sekolah Arab Maahad Muhammadi Kota Bharu – sebuah sekolah menengah agama aliran Arab yang tertua dan terbesar di negeri Kelantan.
Dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menceburkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan dakwah. Beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama di pelbagai tempat khususnya di Masjid Kampung Pulau Melaka – kampung tempat beliau dilahir dan dibesarkan!.
Dari semasa ke semasa namanya semakin terkenal. Murid-muridnya semakin bertambah ramai. Imejnya sebagai seorang tokoh ulama yang disegani dan dikagumi ramai semakin menonjol. Pengaruhnya semakin meluas. Kewibawaaannya semakin mendapat pengiktirafan umum.
Ceburi Bidang PolitikOleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.
Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.
Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.
Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.
Mengetuai Dewan Ulama PAS PusatMemandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.
Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.
Alam RumahtanggaTuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak kira-kira 30 tahun yang lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak – 5 lelaki dan 5 perempuan. Salah seorang (yang sulung) daripada mereka – Noor Aini namanya – kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah Maktab Perguruan di Kuala Lumpur.
Kerajaan MisaliSelaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.
Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya.

ulat baru timbul

ha...mari tengok ulat ni...ader silent message :-)

Wednesday, June 17, 2009

maghi belajar bahaso kawe

11 Keistimewaan orang kelantan
September 27, 2008 · Filed under Kamus Longat Kelantan
1. Kelantanese use a proper Malay word.Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:
Ulau - MelakaUlaq - KedahUlor - JohorUlar - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…
2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:
betina - tino (Ttee-nor)berjalan - jale (Jjaa-ley)bermain - maing (Mmaa-eng)perbualan - buale (Bbua- ley)pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya
3. Kelantanese have their own currency.Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:
“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’
“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2ghiya”
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)
4. Kelantanese and ‘Budu’Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.
contoh:saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)
5. Kelantanese are soft.Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.
6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:
“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.
7. Kelantanese and Nik AzizOrang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.
8. Moon Kite (wau bulan)Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.
9. Wayang kulitMasyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).
10. Thailand (golok)Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersama-sama.11. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu
‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness‘kawe’ dengan kenalan biasa‘aku’ dengan member2 rapat‘oghe’ dengan family’sayo’ untuk formality

pintu masuk ke dewan besar


masa ni tengah tunggu raja mai...

perasmian ptss dalam kenangan...


aku jadi penyambut tetamu time ni...buleh gak duk dalam dewan...kira hebat gak perasmian poli aku ni...bangga kawe

jejaka idaman uganda dan pulau hawaii


inilah cameramen bertauliah...macho abih ahhh

we in posing maut...sesaper nak berkenalan?

masa gi bukit wang ngan adik...lama dah ni tahun 2006

amboi...posing jgn tak posing...inilah ratu rimba dan raja rimba sedang bersemayam...wahwah

teruja dengan blog baru,student tak mai2 lagi

baru ni adalah buat blog baru,ni dah kali ketiga ni buat,harap2 maintain ah...bukan aper,aku ni malas sgt nak menulis blog,sibuk manjang!kadg2 jeles gak kengkawan tulis blog,aku pun nak join sekaki ah...buleh gak tukar pikiran,taklah beku berkarat sgt..hehe
ari ni duk tunggu student math ni,tak mai2 lagi,issshhh...biar betul budak ni...nak blaja ko tok sei nih!dah la repeat paper,karang bagi fail karang,nayer jer..

Tuesday, June 16, 2009

pasangan sehati...sejiwa...

tu dia...posing baik punyer..masa ni time ramai orang,susah gakler nak cari tempat xder orang,mujur ader we, cameramen bertauliah...dapatgak berposing...la...mulut terngaga plak...apesal we xbagi tau!adusss....xper ah,janji control macho...masa ni tgh slim giler aku n my darling...xcaya lak...seperti pinang dibelah dgn garfu jer :)