Tuesday, August 11, 2009

merdekakah kita?


Merdekakah kita?
Merdekakah kita hanya kerana ada sambutan dan juga jet pejuang?
Merdekakah kita hanya kerana kita sebut MERDEKA berkali-kali?Merdekakah kita hanya disebabkan penjajah tiada lagi?
Merdekakah kita hanya kerana iklan berseri-seri?
Namun Merdekakah kita jika masih ada lagi yang hidup menagih simpati?
Merdekakah kita kerana dadah masih lagi jual beli?
Merdekakah kita jika menjadi kuli dibumi sendiri?
Merdekakah kita jika daya juang masih boleh dibeli-beli?
Merdekakah kita jika bangsa kita dikhianati dan dihina?
Merdekakah kita jika idea penjajah masih lagi meracuni pemikiran kita?
Merdekakah kita jika maksiat bermaharajelela?
Merdekakah jiwa kita sebenarnya ? Merdekakah kita?
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52...31 0g0s ini,insaflah bangsaku!!!

1 comment:

  1. macam penah baca je sajak ni...

    hmmmmm.....

    ingat kan original, ceh, tertipu den..

    ReplyDelete