Tuesday, August 11, 2009

Bertambah?

Bila bertambah…
Bila Bertambah ilmunya, maka bertambah pula riaknya
Bila Bertambah kuasanya, maka bertambah menindas perilakunya
Bila Bertambah pangkat, maka bertambah jauhnya dari masyarakat
Bila Bertambah harta, maka bertambah rasa kedekutnya
Bila Bertambah usianya, maka bertambah lupa kepada Penciptanya
Bila bertambah masanya, maka bertambah lalai hidupnya

merdekakah kita?


Merdekakah kita?
Merdekakah kita hanya kerana ada sambutan dan juga jet pejuang?
Merdekakah kita hanya kerana kita sebut MERDEKA berkali-kali?Merdekakah kita hanya disebabkan penjajah tiada lagi?
Merdekakah kita hanya kerana iklan berseri-seri?
Namun Merdekakah kita jika masih ada lagi yang hidup menagih simpati?
Merdekakah kita kerana dadah masih lagi jual beli?
Merdekakah kita jika menjadi kuli dibumi sendiri?
Merdekakah kita jika daya juang masih boleh dibeli-beli?
Merdekakah kita jika bangsa kita dikhianati dan dihina?
Merdekakah kita jika idea penjajah masih lagi meracuni pemikiran kita?
Merdekakah kita jika maksiat bermaharajelela?
Merdekakah jiwa kita sebenarnya ? Merdekakah kita?
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52...31 0g0s ini,insaflah bangsaku!!!

Friday, August 7, 2009

Dadih Strawberi


gambar sekadar hiasan
ingin cuba,boleh order ngan my wife...


Friday, July 31, 2009

sajak.....kita diuji

kita baru sekali
diuji dengan virus ni....
semakin hari semakin mengganas....
sehinggalah ke daerah ini...
ke kawasan kejiranan ini...
rasa terlalu dekat ...takutnya
virus itu berterbangan....
melilau-lilau tidak tentu arah
mencari mangsanya...siapa saja
yang berdosa dan yang tidak berdosa
yang putih dan yang hitam
yang kecil dan yang besar
yang berpangkat tinggi dan berpangkat rendah
tidak kenal siapa...semua boleh jadi mangsanya

takutnya manusia kerana kuasa
takutnya manusia kerana penyakit
tetapi takutkah manusia kepada Penciptanya?

virus adalah makhluk,tiada kuasa
hanya Allah jua Maha KUasa dan Maha Mengetahui


firman ALLAH A.W.J...
155- Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
156- (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” ( Al Baqarah 155-156

Ya Allah...terasa ujian datang kepadaku...jauhkan dari virus H1N1 ini...hapuskan virus ni ya ALLAH...